TERMA & SYARAT PROGRAM AFFILIATE HERMES AI AGENT
Dengan mendaftar sebagai affiliate Hermes AI Agent, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat berikut:
-
Affiliate hanya dibenarkan mempromosikan produk Hermes AI Agent menggunakan link affiliate rasmi yang diberikan oleh sistem.
-
Affiliate dilarang membuat tuntutan palsu, menjanjikan pendapatan tertentu atau memberikan maklumat yang mengelirukan tentang produk.
-
Affiliate dilarang menggunakan kaedah spam melalui WhatsApp, Telegram, email, ruangan komen atau mana-mana platform lain.
-
Affiliate tidak dibenarkan menyamar sebagai pihak pengurusan, admin atau wakil rasmi Hermes AI Agent.
-
Semua bahan promosi hendaklah digunakan secara beretika dan tidak boleh merosakkan reputasi Hermes AI Agent.
-
Komisyen hanya dikira untuk jualan yang berjaya, telah dibayar sepenuhnya dan disahkan oleh pihak pengurusan.
-
Tempahan yang dibatalkan, gagal dibayar, mempunyai pertikaian, chargeback atau dipulangkan tidak layak menerima komisyen.
-
Sistem menggunakan konsep komisyen affiliate terkini dengan tempoh cookie selama 30 hari. Komisyen akan diberikan berdasarkan rekod tracking yang sah dalam sistem.
-
Jumlah minimum untuk membuat tuntutan komisyen ialah RM50.
-
Affiliate wajib memberikan nama, nombor akaun dan maklumat bank yang tepat. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas kelewatan yang berpunca daripada maklumat yang salah.
-
Affiliate tidak dibenarkan membeli melalui link sendiri untuk mendapatkan komisyen tanpa kebenaran pihak pengurusan.
-
Sebarang cubaan memanipulasi tracking, cookie, transaksi atau sistem komisyen akan menyebabkan akaun digantung atau ditamatkan.
-
Pihak pengurusan berhak menahan atau membatalkan komisyen yang mencurigakan sementara semakan dilakukan.
-
Pihak pengurusan berhak mengubah kadar komisyen, syarat program dan kaedah pembayaran dengan memberikan notis yang munasabah.
-
Dengan menghantar pendaftaran, affiliate mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan bersetuju dengan terma program ini.
Penting: Pelanggaran mana-mana syarat boleh menyebabkan akaun affiliate digantung, komisyen dibatalkan atau akaun ditamatkan.